Monday, March 15, 2010

ROCK MELON (TEMBIKAI WANGI)


KAEDAH FERTIGASI

Kaedah penanaman secara fertigasi mula diamalkan secara meluas di negara Timur Tengah dan Eropah. Negara Holland merupakan negara yang terkenal mengamal kaedah fertigasi.


Di Malaysia kaedah penanaman kaedah fertigasi mula mengamal secara komersial pada awal 1990 an. Sebelum ini hanya dilakukan untuk beberapa plot pemerhatian dan percubaan sahaja.



BUAH ROCKMELON ATAU TEMBIKAI WANGI


Rockmelon adalah sejenis buah yang amat menarik - rupa luaran serta isi dalamannya. Rockmelon amat sesuai di tanam dengan menggunakan sistem fertigasi lengkap dengan rumah perlindungan hujan (SPH).

Dengan teknik penggurusan yang sempurna dan cekap , buah rockmelon mampu memberi pulangan pelaburan yang baik kepada pengusaha. Buah ini matang selepas 75 hari dari tarikh penanaman. Tanaman ini mampu dilaksanakan sebanyak 5 pusingan satu tahun.

Rockmelon mempunyai nilai pasaran yang berpotensi dan permintaan tinggi dalam negara dan untuk ekspot. Permintaan adalah melebihi pengeluaran kerana pengusaha masih tidak ramai dan masih tidak mencapai teknologi yang cekap dan berkesan.


Permintaan rockmelon adalah seperti berikut:-

Hotel dan Restoran Esklusif
Hyper Market seperti, Tesco, Giant, Carrefour
Pasar Borong dan Pasar Awam Tempatan
Pengusaha minuman jus dan salad
Catering dan isi rumah
Pasaran ekspot seperti ke Singapura, Dubai serta Benua
Eropah


Pada umumnya, kaedah penanaman secara fertigasi boleh dipraktik kepada semua tanaman tetapi lebih sesuai bagi sayuran jenis buahan termasuk strawberi, tomato, terung, cili, anggur, labu serta tembikai wangi “ROCK MELON” dan lain-lain yang seakan dengan nya.