Sunday, September 5, 2010

Projek Tanaman Cili Merah (Kulai)

PROSES PENYEMAIAN ANAK BENIH & PEMBESARAN POKOK













HASIL TANAMAN

Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia.Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di semua negara beriklim tropika.

Nama saintifik bagi cili ialah ’capsicum annum’.Nama biasa ialah cili merah, cili hijau, cili, lada dan cabai, kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah.Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan utama pengeluar cili adalah Perak, Johor dan Kelantan. Cili mengandungi zat pemakanan seperti dalam jadual 2.Di antara zat pemakanan yang banyak terdapat pada cili ialah karbohidrat (9.5gram).

Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau telah diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili dan sos cili. Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’,sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas dalam kebanyakkan jenis makanan terutama ’sambal belacan’.


BENIH CILI MERAH (KULAI)
CA 905 - F1 Cili Kulai 905
CA 907 - F1 Cili Kulai 907
CA 910 - Kulai Tempatan
CA 914 - F1 Cili Kulai Pedas
CA 915 - F1 Cili Kulai Kering
CA 908 - Cili Kulai Kerinting
8338 - Kulai King.


JANGKA HAYAT POKOK CILI
- Semai benih hingga mula tuai 2.5-3 bulan
- Petik hasil maksimum 6 bulan.
- Jangka hayat 8 bulan dari mula semai (max. yield)
- Jangka Hayat cili sehingga 12 bulan dimana bulan ke-4 memberikan hasil.
- Buahnya sederhana besar.
Hasilnya mencapai sehingga 10kg sehari bagi 100 pokok (purata)
- Jangka hayat pokok berbuah utk 6 bulan = 30 kali tuai…
- Anggaran sebiji cili 7 gram
- 5 biji x 7gram = 35 gram


No comments:

Post a Comment